Wednesday, May 16, 2012

Potret dan Landskap untuk ditempah

anda berminat dalam menempah Potret mahupun Landskap??

Hubungi saudara TAKASHI(klik untuk private message beliau) untuk menempah 
Potret mahupun Landskap


Harga boleh "..dinego.."

"..sokong hasil karya MALAYSIA.."

Sunday, May 13, 2012

Kisah di kedai gunting rambut





Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Antara pengajaran penting:

Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun.
Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat.
Peringatan:

Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA.
Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.

Wallahu Ta`ala A`lam

Sunday, May 6, 2012

Laksa Janggus bersama kawan kawan

Burp! Alhamdulillah, kenyang ja perut ni, maklumla baru lepas pekena LAKSA JANGGUS BALIK PULAU dengan AIS KACANG, "..sedap baq hang..", apa apa pun kembali kepada post kali ini, petang tadi baik punya layan nafsu makan, lama tak makan laksa, so ajaklah member time sekolah teknik dulu, Salsabila dengan Yana Gundu,

amacam, sedap tak? pergh! agak terangkat la kan, ais kacang lagi,

makan punya makan, sempat la juga snap gambar time makan tadi, candit!

Yana Gundu dengan HANA TAJIMA depa, haha

makan, makan, makan

Salsa(klik nama untuk add FACEBOOK) dengan mukanya yang tengah kesakitan perut, mau taknya gelak sakan!

selepas makan, kami terus lepak kat Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, nak diceritakan sedikit, Pantai ni dah ramai orang tak pergi mandi selepas kejadian Tsunami 2004 dulu, banyak yang pergi pun tengok tengok ombak sambil layan sunset ja, best!

cantik kan, Via Xpria

 sempat lagi bergambar, Salsa & Yana
 Aku dengan Salsa 
dan ini, kami bertiga, MUKA SANGAP! haha

lepas tu, dah boring tahap cipan kami pun balik, sebelum tu layan Video spontan time makan Laksa, 
Check This out :





Saturday, May 5, 2012

Tuhan tolong berikan aku peluang kedua


salam, dalam sedar tak sedar, pernah kita terfikir berapa sehari dosa yang kita kumpul, erm, Allahualam. jadi post kali ini sekadar mengingat diri ini dan si pembaca supaya tidak terus terjerumus ke lembah dosa, mustahil kalu seseorang itu tidak balik ke pangkal jalan, insya Allah dengan berbekalkan niat dan doa, kita boleh berubah menjadi insan yang berguna, mudah mudahan segala urusan kita dipermudahkan olehnya, terima kasih kepada adek wan dan abg opie kerana banyak menasihati diri ini, insya Allah, saya cuba aplikasikan dalam hidup seharian saya, Amin =)

sedikit mesej dari abg opie :


Thursday, May 3, 2012

Percayakan Anda, Budak ini berumur 23 Tahun



Tengok gambar budak lelaki kat atas ni, korang percaya tak umur dia dah 23 tahun? Pernah tak tengok filem Orphan? Sindrom penyakitnya lebih kurang sama la dengan lelaki bernama Wu Kang ni, cuma dalam filem Orphan budak perempuan tu ada mental problem dan suka bunuh-bunuh orang.

VIVAnews - Wu Kang memiliki tinggi tubuh 72,5 sentimeter dengan berat sekitar 9 kilogram. Dengan postur layaknya bayi satu tahun itu, siapa sangka Wu Kang seorang lelaki berusia 23 tahun?

Seperti dikutip dari China Daily, Wu Kang menderita penyakit aneh yang membuat hormon pertumbuhannya terganggu. Ia mengalami defisit hormon pertumbuhan sehingga tubuhnya tak berkembang.

Tahun lalu, Wu Kang mendapat penghargaan sebagai lelaki terpendek di dunia dari Guinness World Records. Saat itu, ia memiliki tinggi badan sekitar dua sentimeter lebih pendek dibandingkan pemegang rekod sebelumnya yang meninggal March 2010, He Pingping.

Wu Kang masih menaruh harapan tingginya boleh bertambah. Ia pun meninggalkan kampungnya di Daerah Hubei menuju sebuah hospital di Shenyang, ibukota Liaoning.

Diagnosis doktor menyebutnya menderita kekurangan hormon pertumbuhan atau dwarfisme hipofisis. Lewat terapi hormon, doktor memerkirakan tingginya masih boleh bertambah 40 sentimeter dalam jangka waktu lima tahun.

Namun kini, Wu Kang mulai mengubur mimpinya untuk bertambah tinggi. Suntikan hormon yang ia perlukan terlampau mahal. Mencapai ¥1,8 juta .Sungguh di luar kemampuan ekonomu Wu Kang dan keluarganya

Wednesday, May 2, 2012

Tandas Gila Gayat !

Ada berani!

Percaya bahawa ketika berak anda harus serius, tandas dibawah sesungguhnya tandas yang paling SERIUS pernah kami lihat. Ianya dibina didalam sebuah bekas lift shaft yang tidak digunakan lagi sebuah penthouse di tingkat 15 di Mexico. Soalannya sekarang ialah, adakah anda berani menyahtinja di dalamnya?