Monday, April 30, 2012

Gambar SNSD Girl Generation, Sebelum dan Selepas Pembedahan Plastik


Tae Yeon

Jessica

Sunny

Tiffany

Hyo Yeon

Yuri

Soo Young

Yoona

Seo Hyun

Inovasi tempat Berwudhu', Mesin Wudhu' Sensor

SUPPORT Ciptaan ini dengan share ke FACEBOOK, Twitter dan laman sosial yang lain.Semoga di Masjid2 kita nanti akan ada mesin ini. Allahuakhbar!

[Mesin Wudu' Menggunakan Sensor]

Islam sangat tidak suka pada pembaziran. Satu ciptaan yang sangat menarik sekali! Diharap dapat support dari sahabat2 semua



Cartoon Art by Izzat Artwork

Izzat Artwork(klik link untuk maklumat lanjut) adalah salah satu hasil karya seni daripada member aku sendiri, sekarang beliau sedang belajar di  UITM Merbok, Kedah dalam jurusan art n design, jadi sebenarnya post kali ini hanya nak tunjuk hasil kerja beliau yang agak menarik bagi pandangan saya, so, check this out :

 ini gambar asal yang dijadikan sebagai perujuk


dan ini adalah hasilnya, cantikkan? LOVE Forever gitu, haha, anywhere goodluck dalam karier anda dan moga hepi dengan insan di sebelah itu <3

Sunday, April 29, 2012

maibuatramai.blogspot jadi bual bicara di FACEBOOK

salam, kali ini aku dikejutkan pulak dengan satu agenda yang tak pernah terjadi kepada aku, hidup sebagai blogger iaitu menjadi bual bicara! Ya Allah, mula2 berdebar juga, aku tahu pasal ni pun sebab member aku sendiri yang beritahu aku pasal ini, so aku terus login Fb dan terus Like page ini : anti Bersih.

Jadi, ini salah satu gambar yang aku capture dari komen tersebut : klik gambar untuk view BESAAAR


so, ada yang memuji dan ada yang memaki, aku terima seadanya, nama pun manusia nobody perfect kan, so apa2 pun aku minta maaf sesangat kepada semua pihak yang terlibat =)

Update Jam19:26

view post polis melanggar peserta BERSIH 3.0(klik sini) paling banyak view:

Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0


Bersih 3.0 Same Day Edit by lumierasia

Penjelasan Sebenar isu Kereta Peronda Polis melanggar peserta demo (Bersih 3.0)

sumber dari : Anneworld

Punca provokasi sebenarnya sebab mereka kena serang dengan teargas. Marah. Nak cakap LRT kena tutup? Takde kaitan. Untuk rekod, LRT jalan bandaran tidak ditutup, cuma masjid jamek dan plaza rakyat jek. Aku kan dari LRT semenjak2 dari tadi.. dok pusing2 kat situ last2 tetap sangkut kat MASJID JAMEK. Hanya masjid jamek jek dari kedua2 arah, sri petaling dan ampang serta plaza rakyat dia shutdown tadi.

Kalau dorang cakap LRT tue kena tutup ia mungkin selepas insiden provokasi. Sebelum provokasi lrt tue bebas digunakan sebenarnya. Yang aku tahu kat situ ada monorel. Yang tue aku dengar citer ditutup. Fakta atau tidak aku taktau. Aku cuma dengar citer.


Sekarang mari kita lihat video kat bawah neh oke ;



video

Ini part 1. Yang neh pun dah cukup sebenarnya untuk explain apa yang berlaku. Harus diingat, aku tak kenal langsung sapa uncle india tue dan uncle india tue pula hanya mengomel2 sendiri bukan pergi kecoh2kan kat orang kereta polis kena baling batu. Bila aku dah dengar aku cakap apa2 yang patut then aku pergi ke lokasi kejadian yang mana dah clear masa tue [polis dah took over].

Lihat jek gambar kat bawah neh dulu ;



- Ada kon

- Ada batu

- Lampu kereta pecah

- Kereta kemek

- Kaki sempat tendang kereta.. maksudnya kelajuan kereta neh dah berkurang atas sesuatu sebab.

- Cermin kereta pecah. Baling botol air boleh pecahkan cermin ka? Kalau tengah memandu ko baling batu cermin pecah kena muka ko macam mana ko nak memandu dengan betul?

Lihat gambar kat bawah neh pula ;

Individu neh secara tidak sengaja di langgar oleh polis. Tapi apa info yang sampai kat telinga aku? Polis bawa kereta laju2 sampai langgar seorang budak remaja sehingga maut.


Ini bukan darah azri tapi darah indidivu yang dilanggar tue. Tolong betulkan fakta anda.


Ini cameraman. Dia sedang keluar dari kereta. Kenapa? Sebab dia nak tolong polis yang berada dalam kereta tue.

Anak panah merah ialah pembelasah. Anak panah hijau orang yang sedang cuba menolong. Last2 dia surrender sebab dengan dia2 sekali kena tibai. Azri juga membalas balik asakan. Itu normal sebab refleksi nak melindungi diri. Dia juga nak jaga filem dia. Dan dengan gambar neh mohon amek tindakan ke atas pencetus provokasi. Penting untuk menjaga kredibliti bersih.


Lihat gambar kat atas neh. Nampak apa yang aku nampak? Kepala pemandu dah ke atas stereng. Napa? Yang korang g belasah kereta dia sapa suruh? Sapa suruh lompat atas kereta dia? Sapa suruh bertindak kasar? Sapa suruh jadi samseng, kurang ajar dan biadap?


Anak panah merah = pembelasah kereta polis. Anak panah merah [arh aku dah malas nak tukar kaler dia kepada lain] = azri, individu yang dibelasah. Dia mai dari arah bertentangan. Dia mai nak tolong. Sebab apa? Aku rasa dia neh kot antara cameraman yang dilantik oleh polis. Dia kena rakam semua perkara2 yang berlaku. Last2 kena tibai dengan orang. Adoi.

Dan diharapkan dengan gambar neh penganjur bersih boleh membersihkan nama baik bersih dengan menyerahkan mereka kepada pihak polis kerana bertindak liar ketika berhimpun.


Anak panah hijau = penghenti provokasi.



Anak panah hijau = penghalang / pelindung. Anak panah merah = pembelasah. Kenapa dia belasah azri? Dia tak perasan kot azri mai dari arah bertentangan. Lepas belasah azri dia letak kon dalam kereta then dia lari. Kon tue tak kena polis yang berada dalam kereta tue dan aku tatau apa motif dia enh.

Sekali lagi perhatikan aksi membelasah dia kat bawah neh ;


Ada pendemo bersih yang balon si azri neh gak. Jangan2 dorang neh salah sangka ingat dia polis yang melanggar pendemo bersih. Dah korang baling2 batu, lepas tue nak salahkan orang terlanggar plak apa ke hel?



Individu yang baling kon tue = individu yang sama terbalikkan kereta = lepas tue rasa bangga sebab dapat terbalikkan kereta. Pada awalnya pendemo bersih ingatkan ada orang bawah kereta tapi takde.. tapi lepas tue oke lah dorang cuma rakam tapi apahal ada 3 orang individu tersebut bersorak termasuk yang pakai baju oren tue hah?

Dorang2 neh tak pakai baju bersih dan buat provoke sana sini. Individu yang baling kon tue juga baling pada pendemo bersih oke. Lihat video selangortv kat sini sendiri. Jadi diharap penganjur bersih boleh bersikap adil dalam isu neh. Siasat siapa mereka dan kenapa mereka berbuat demikian.


Anak panah merah = yang cuba melindungi polis. Yang belasah2 tadi tue dah lari kemana? Anak panah hijau menunjukkan pistol polis yang terdedah.. ermm.. memang kalau nak rembat semudah ABC jek.

Kesimpulannya kat sini ialah ;

1. Aku tak kenal siapa yang buat provokasi, kalau korang kata mereka pelakon, penyamar, sb atau apa maka biarkan sahaja bersih serahkan mereka kepada polis untuk dinilai. Kita boleh trace mereka semula berdasarkan video2 yang wujud. Bukan kah kita dah ada teknologi perincian gambar ? Mari kita kaji kebenaran neh bersama2.

2. Kebanyakkan yang provoke tak pakai pun baju bersih. Ini analisis aku. Mungkin dorang neh ikut ikutan. Maksudnya dia tengok tiba2 ada crowd bersih jadi dia pun sibuk2 ikut. Pada asalnya dia bukan nak join bersih. Mungkin dia berjalan2 kat kl.

Oleh kerana dia tatau bahawa kita dilarang berbuat provokasi maka dia pun berbuat sesuka ahti dia. Namun yang lebih menyedihkan ialah kenapa yang menghalang tersangatlah kurang berbanding dari yang menyorak? Kalau aku ada disitu sah2 aku sound then rakam, tangkap gambar dorang jelas2 dan paparkan di blog aku inilah pencetus provokasi. Aku tak kesah der. Kalau ko provoke ko tetaplah provoke. Ko jangan bagi alasan haktui kat aku oke.

Apatah lagi dah dipesan bahawa sesiapa yang memprovokasi akan dianggap sb dan kita sewajarnya menghentikan mereka.. tetapi kenapa crowd sogo tak alert pasal neh? Disebabkan anda terlalu lemah menghalang mereka, maka seluruh bersih 3 menjadi mangsa kini. Aku, ko dan kita seme tak pasal2. Kalau pun sungguh dia sb, so what? HALANG lah.. HALANG..takan seratus dua ratus orang kat situ pun SB gak kot?

3. Mana unit amal? Unit amal tiada. Itu lah punca masalah neh menjadi besar. Hadirin terlalu ramai. Unit amal tersangatnya kurang. Unit amal terlatih dalam menanggani sebarang bentuk provokasi. Bukan salahkan unit amal ye. Cuma menegaskan betapa pentingnya unit amal dalam kes seperti neh. Apabila hadirin berpecah selepas diserang teargas, peluang untuk mereka bertindak agresif memang terbuka.

Ia perkara normal sebenarnya. Selalu sangat dah bersabar akhirnya dapat peluang untuk belasah polis, memang lah amek cukup2. Tapi sayang, tindakan neh tersangatlah salah. Sudah sewajibnya bersih menghantar individu2 yang terlibat dalam provokasi neh kepada mereka2 yang berkuasa. Walaupun mungkin ada yang secara tidak sengaja terpengaruh untuk melakukan provokasi ia tetaplah salah.

Aku sangat percaya memang wujud sb di mana2 tetapi kan.. aku lebih2 lagi percaya ia bukan masalah SB, ia adalah bagaimana cara kita mengawal situasi. Kalau letak 10 SB dihadapan kita sekalipun, kalau kita pandai kawal keadaan kita tetaplah pandai kawal keadaan, kalau kita tak pandai kawal keadaan, takde SB sekalipun kita tetap boleh terbabas. Renungkan.


Updated ;


Bukti yang lebih jelas bahawa azri datang dari arah bertentangan. Dia bukan pemandu kereta tersebut. Aku cadangkan jadi orang belajar cari fakta sebelum tuduh melulu. tenkiu.



Updated ;


29 / 4


Azri melalui utusan MENGAKUI bahawa dia bukan nak SELAMATKAN POLIS sebaliknya nak tangkap gambar kejadian. Macam aku ada tulis kat atas neh, aku suspect dia petugas media bagi pihak polis so memang tanggungjawab dia sepenuhnya untuk merakam apa seme.

Ameno : Sila dakwa 7 individu di atas neh ye. tq




maibuatramai.blogspot reply :

jadi yang salah tu tetap salah, jangan jadi saksi palsu, teruk di akhirat kelak

Sunday, April 8, 2012

Exam Mood


Exam Mood,
Exam is around the corner, so wish me luck in all subject especiall
THERMODYNAMIC by Mr. Lim Chee Hai

Pesanan untuk rakan-rakan yang bakal exam tidak lama lagi
  • Jangan study terlebih had, Study Smart jangan Study Hard
  • kata orang, study biar lepak, result jadi gempak
  • banyakkan minum air kosong, kurangkan makanan yang berperisa
  • banyakkan solat sunat, solat hajat yang pasti solat 5 waktu sehari semalam
Best of Luck ikhlas untuk rakan rakan Politeknik
minta maaf kepada sesiapa yang kita rasa banyak buat salah dengan dia

Friday, April 6, 2012

Jom Online shopping with Annezalina Fashionhouse


sebelum itu, pastikan anda "Girls Only" untuk tengok koleksi Pakaian ini.

Annezalina Fashionhouse, Klik link ini unt

uk melihat koleksi pakaian yang mengkuti TREND terkini dan Link seterusnya.
Mohd Fuad Nafis, untuk perkhidmatan pesanan+"shopping" pakaian

Jom tengok koleksi pakaian



Selain itu, koleksi tudung juga terdapat di Annezalina online shop ini, jadi kalau ada yang berkenan "Private Msg" je saya ke FB ok, sorry! Girls only ..

*menawarkan harga yang berpatutan sesuai untuk "student"

Thursday, April 5, 2012

Past, Present, Future

Masing masing mempunyai novel sendiri. Begitu juga dengan aku, setiap pagi selepas bangun dari tidur mesti aku fikrkan apa yang aku perlu buat untuk "masa" yang akan datang sehingga ke malam dalam tempoh 24 jam. Lain yang dirancang, Lain yang jadinya, biasa la, lumrah hidup, Kita sekadar merancang, DIA yang tentukan segalanya rutin harian kita, jadi kalau boleh benda yang dah berlalu tu biarkan ianya berlalu seperti pasir di tepi pantai yang akhirnya hanyut ke laut. Fikirkan dan buat yang lebih baik daripada hari semalam untuk hari esok. Okay! keep in touch semua. PERCAYA bahawa hari mendatang akan lebih baik dari hari semalam, jangan berharap, said PERCAYA, because "berharap" is one word yang tidak boleh meletakkan kita pada tahap yang lebih baik(ragu-ragu). Salam ..

Special to my dear, Eila Suhyla

Dear, I create this post to let you know that you are my soul too =)


video

credit to Eila Suhyla