Friday, December 16, 2011

Misteri Lebuhraya KARAK




10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak..

Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak.

*Langsuir
*Budak Sekolah (merayau-rayau)
*Wanita Tua
*Bas Lama
*Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
*Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
*Pontianak
*Hantu Pocong
*Hantu yang Makan orang (Paling popular)

Lebuhraya Karak

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berhenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena "tegur".

3.Volkswagen kuning..
selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga..Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengarr adio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus.

4.Kereta Misteri
KARAK Penemuan sebuah kereta
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu."Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar."

Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi.Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.
Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

Jalan Karak Lama

1.Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni.nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung.Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..

4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5.mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.
Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. Dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia "temperature"naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya.lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap "jangan pandang belakang"..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

apabila GADIS berimej JEPUN bertudung | seriusCUTE




















said : Fiffy Natasya seriusCUTE bertudung c:








Cute Mute si baju KUNING c: | Fiffy Natasya

Gadis berbaju kuning ini berumur 19tahun ini kini menjadi kegilaan kanak2 RIANG diluar sana, maybe perangai sedikit childish! (hahaha) anywhere teruskan usaha anda dan selamat berjuang dalam karier anda! c:









said : more yellow more cute!







Thursday, December 15, 2011

iZZAT artwork : Preview










to know more :


FRIENDS until E.N.D



Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu,
biarlah dia mengenal pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu hingga kau senantiasa mencarinya,
untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Karena dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria berbagi kebahagiaan.
Karena dalam titik-titik kecil embun pagi, hati manusia menemukan fajar jati dan gairah segar kehidupan.

SAKURA di Pulau Pinang

Assalamualaikum w.b.t, amacam? terkejut tak tengok tajuk post kali ni, hahaha, btw aku just nak share pic Bunga Sakura yang ada di Pulau Pinang, there called SAKURA, jadi aku pun SAKURA,gambar ni di sekitar BAYAN BARU, kalu ada yang berminat nak photoshoot pengantin, model atau dll boleh la pilih lokasi ni,terbaik dari PENANG TRULY ISLAND, Layan~..










so, amcam? cantek arx? syok kn? ala-ala drama FULL HOUSE .. haha


tunggu apa lagi, pakat mai sini! PULAU PINANG semua ada c:

Wednesday, December 14, 2011

PoliMELAKA di Gunung Datuk', Negeri Sembilan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca http://www.maibuatramai.blogspot.com/. Tadi semasa diri ini dilanda kebohsan, saja usya-usya gambar time "mude-mude" dulu.. haha, waktu ni kami di Gunung Datuk! Best juga la sehinggakan MATH untuk FINAL baru-baru nih GAGAL! adus! rosak-rosak, apa-apa pun, layan~.. Memori Terindah di Gunung Dato'
Aku dengan "BUDAK GANU SOKMO" Ariff Farhan
Sebahagian Pelajar DKMA yang berjaya naik ke puncak(x puncak lagi sebenarnya) dan "kenapa ijat pakai TUDUNG", hahaha(jangan MARAH)
cari nyamook, (krikk, krikk, krikk)
Time ni hujan, terpaksa berteduh bawah wakaf nih! berhimpit2 macam SARDIN

Tuesday, December 13, 2011

Peta HiDUP





Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.
(ad-Dzariyat: 56)

nak OMBAK sangat ! AMEKAWW !!

LiANA Malukan Keluarga


"Sungguh memalukan!!"

"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.

"Menyesal ? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! … belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak Liana.

"Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga."

"Nak bincang aper lagi? … anak awak nie dah mengaku… … issshhh… … ." balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.


Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu… kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je… toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? … dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown?

Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah… dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon.

Liana dah nekad apa terjadi… . jadilah… .. Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.

Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata.

Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang… berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah… dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya… jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat… .. dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!… … .. dia terbang .

"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I’ve made it!!!!!", dia memekik keriangan.

Finally dia dapat melawan fobianya… dia dah no longer afraid of height… sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi… selama ini dia takut… .. ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang… dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya… . Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian.

Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani… . dia dah boleh terbang…

Siapakah Liana? Lukenabeb! haha

Sunday, December 11, 2011

Thanks To audience !

Assalamualaikum and greetings to all, there is nothing to post this morning, just wanted to thank those who follow my blogs are not as great, and I tried to repair my faults to the next post ..



p/s: I do not think that I am have fan before this, hahahaha! Kiding =)

FREEMASON dan konsert Fenomena 30Tahun SEARCH

Salam buat semua pembaca, kali ni entry saya berbeza sikit dari sebelum2nya.. Hal ni bagi saya mesti diambil serius sebab berlaku di MALAYSIA dan UMAT ISLAM kita, so apa yang saya nak tunjuk hari ini adalah Logo Konsert Fenomena 30TAhun Search yang menyerupai SIMBOL FREEMAsoN! adakah ini satu kebetulan atau tidak sengaja? perkara ni berlaku kepada saya sendiri sewaktu petang tadi ketika saya sedang membaca AKHBAR AHAD METRO(11/12/2011) dan terlihat iklan konsert tersebut di halaman 11, apa2 pun view gambar di bawah dan beri komen anda dan pendapat, harap pihak yang sepatutnya mengambil tindakan, Allahualam








Setiap MANUSIA mesti melakukan kesilapan, NOBODY PERFECT, jadi selagi badan dikandung nyawa, sama2 lah kita menegakkan kebenaran supaya kita dapat keredhaan dariNYA(Allah SWT), semoga ALLAH SWT melindungi kita dari kejahatan, Amin Yarabbal Alamin

Friday, December 9, 2011

Rantai Burung Hantu




petikan dari :
http://haiyumhaffiz.blogspot.com/2011/12/rantai-burung-hantu-haram.html?m=1

RANTAI BURUNG HANTU HARAM ??
[maafkan aku jika entri ini membuat anda semua terasa hati , aku perlu menegur kerana aku tidak mahu dianggap sekonggol dengan benda ini , sudah bagi tanggungjawab kaum Adam untuk memimpin kaum Hawa ini]


Makin jauh aku teroka dunia ni makin takut dan amat merisaukan aku . Aku risau bagaimana negara aku , bangsa aku , yang paling penting agama aku iaitu ISLAM!! , Aku risau umat islam kini keliru dengan dunia mereka sendiri , mereka seolah seolah seperti lembu dicucuk tanduk ,


orang kata -
-"kau pakai ni , fesyen baru rugi kalau tak pakai"
-"tengok ni loket gamba 'BURUNG HANTU' ni , aku nampak dalam tumblr hari tu comel sangat sangat jom kita beli"


Inilah masalah orang kita , lawa sikit je baru puji sikit dah cair terus beli , tanpa fikir panjang . Tahukah anda , apa maksud burung hantu tu ? memang lawa , memang comel , memang bergaya kalau pakai , memang mudah untuk kita dapat perhatian loket ni tapi sedar tak kita , loket yang kita pakai tu loket siapa?siapa buat ? siapa yang promosi? . Maka , hari ni aku akan tunjuk kan pada kalian apa yang ada disebalik loket ini

Apa semua ni ?? pernah dengar nama ini? FREEMASON ? pernah ? kalau nak tahu , mereka inilah kaki kaki DAJAL , mereka join angkatan DAJAL AL-MASSIH ni sebab nak HARTA , KAYA , NAMA , dan jangan terkejut kebanyakannya semua orang2 ternama negara kita , nama nama mereka cukup besar serta yang amat sedih sekali mereka ini antara nya orang islam

Bersusah payah RASULULAH S.A.W , berhijrah , untuk menyebarkan islam , mahu manusia ini selamat , mahu umat-nya hidup senang di dunia dan di akhirat tapi kita? apa kita buat? menjatuhkan maruah agama , sanggup murtad , sanggup bergadai maruah diri , bangsa dan agama.

tahukah anda mereka(pemuja dajal) tersenyum melihat kamu semua bangga dengan loket burung hantu itu , bagi mereka(pemuja dajal) burung hantu sebagai simbol ritual mereka ,

MAJORITI perempuan di negara kita memakai loket ni ketika bersiar-siar dan yang paling menyedihkan mereka memakai loket ini besertakan tudung , dan sudah teranglah mereka ini ISLAM ,

Maka kita kena hindar benda ni dari terus berluasa , kita kena peka !
wahai kaum Adam wahai kaum Hawa bangkit ! kita kena bertindak , kita kena halang semua ini.

Kita PERLU saling menasihati antara satu sama lain , kita kena PEKA , sebelum kita beli kita tengok dulu fikir dulu. takut kita tersalah beli , Mereka suka sahaja kerana rancangan mereka berjaya.

Maka aku sebagai wakil seluruh umah yang ingin menegur tapi takut ada yang kecil hati , kepada semua kaum Hawa atau Adam , berhentilah dari membeli , memakai loket ini , HARAM bagi kita umat islam memakai barangan dari mereka(pemuja dajal,zionis) . Kaum Adam , kita ni lelaki , tak perlu kita pakai rantai rantai ni , bukan cara kita , agama kita tak suruh pun ..

ANTARA sebab lain :

Membuat atau mengukir patung bagi objek yang bernyawa secara lengkap segala anggota tubuh badan dan jisim dan bayang , sama ada ia di alam bentuk manusia atau haiwan adalah berdosa besar.

Perkara ini disandarkan kepada beberapa hadis sahih Rasulullah S.A.W yang memberi amaran tentang azab seksa yang akan ditimpakan kepada mereka yang mengukir patung pada hari kiamat kelak.

Apabila patung-patung tersebut di jadi kan perhiasan , maknya ia di jadi kan sebagai sesuatu yang dimuliakan atau ada unsur-unsur penghormatan. Oleh itu , meletakkanya dengan tujuan perhiasan adalah perbuatan yang haram (berdosa). manakala malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat patung.

SABDA RASULULLAH .

maksudnya : "Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung-patung atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa"


KESIMPULANNYA:
-KITA BOLEH BERGAYA TAPI MESTI KENA GAYA , JANGAN SAMPAI KERANA BERGAYA ,AKIDAH KITA RUNTUH , MARUAH AGAMA TERCEMAR , KENANG LAH USAHA RASULULLAH DAN PARA SAHABAT MENEGAKKAN SYIAH ISLAM DAN JANGANLAH KITA TERGOLONG DI DALAM KALANGAN PERUNTUH INSTITUSI ISLAM DAN PEROSAK AGAMA.

[maafkan aku jika entri ini membuat anda semua terasa hati , aku perlu menegur kerana aku tidak mahu dianggap sekonggol dengan benda ini , sudah bagi tanggungjawab kaum Adam untuk memimpin kaum Hawa ini]

Kebaikkan Menangis

Fakta Menarik | Kebaikan Menangis

1. Membantu penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi.

Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.

Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.

keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis mengurangi stres?

Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.

Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian.

Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.

Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.