Monday, October 8, 2012

Inovasi baru, Ikan Pekasam KEDAH Ori ONLiNE!

Hi . Post kali ini memang betul betul menarik. Tengok POST pun dah tahu. Ikan Pekasam.

 Apa Itu Ikan Pekasam ?

IKAN PEKASAM............


  • Biasanya ia dibuat menggunakan ikan darat seperti. Ikan puyu, sepat , tilapia atau pelbagai jenis ikan darat yang lain. TETAPI kini Ikan pekasam ada terdapat daripada pelbagai ikan laut, seperti Gelama, Kembong, Sembilang atau lain-lain jenis.

Sejarah Ikan Pekasam ?
  • Pada waktu dulu-dulu zaman tahun-tahun 50 - 60an, waktu itu tak ada eletrik dan peti sejuk. Salah satu cara untuk menyimpan ikan supaya dapat bertahan lama terpaksa dibuat pekasam . Itulah tanda mereka-mereka yang berada diwaktu itu, walaupun seribu kekurangan, namun daya kreativiti mereka tetap hebat.

Falsafahnya : Jika kita tertekan dengan kesusahan, maka otak kita akan menjadi lebih aktif/efektif untuk berkarya berbanding jika berada dalam suasana kesenangan.

Kita teruskan dengan PEKASAM:-

Pekasam adalah jeruk ikan yang diperam menggunakan beras goreng yang akan menjadikan ianya berbau wangi apabila digoreng - Rasanya masam-masam masin dan enak malahan lebih enak daripada ikan jeruk tenggiri yang mahal harganya dipasaran.

Biasanya ikan pekasam adalah pembuka selera makan lebih-lebih lagi waktu bulan puasa untuk makan sahur dipenghujung pengakhiran puasa biasanya nak bersahur begitu lembab sekali. Jika dihidangkan dengan juadah lauk ikan pekasam, sudah tentu selera makan akan terus terbuka.

JIKA SEKIRANYA ANDA belum mengenali Ikan pekasam,saya syorkan agar anda mencubanya.
Yang baiknya - Produk ini adalah 100% keluaran bumiputra ( islam ) berbanding ikan jeruk yang lain.


 Kali ini saya akan mempromosikan atau memperkenalkan Produk orang Melayu oleh usahawan Melayu sendiri  dikenali sebagai Puan Yana dan Encik Khairul.


Tentang Ikan Pekasam Original, kedah :


About

Menjual dan mengedar ikan pekasam ORIGINAL daripada Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.
Description
Menjual dan mengedar ikan pekasam ORIGINAL yang dibawa khas untuk anda daripada Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.

Tak payah dah pergi jauh-jauh ke Alor Setar untuk dapatkan ikan pekasam. Kami sedia bawakan terus ke pintu rumah anda ikan pekasam daripada Pekan Rabu, Alor Setar Kedah.

Pembelian boleh dilakukan secara online sahaja. Klik-klik-klik, dan kami akan hantar terus tempahan anda ke rumah anda.

Fuh, pasti meleleh terliur bila dah siap masak ikan pekasam goreng dimakan dengan nasi putih dan kicap. ORIGINAL fresh, terbaik dari ladang ikan pekasam untuk anda!

Basic Info

Contact Info


Bagi yang nak cuba RESEPI turun temurun saya ni. Boleh la cuba :)


  • Gorengkan ikan pekasam menggunakan minyak yang sedikit sahaja. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Kemudian gorengkan bawang merah,bawang putih dan cili sehingga kekuningan. angkat dan taburkan diatas ikan pekasam yang telah digoreng tadi dan seterusnya hidangkan untuk dimakan bersama nasi panas > Huuuuhhhhhh pasti umph, Bau wangi semerbak beras goreng yang diperam bersama ikan tersebut boleh menyebabkan jiran-jiran sebelah rumah bersin berkali-kali - lalu bertanya. Masak apa tu ? Jawab la. Masak Ikan Pekasam la. hehe

Ujar kata Puan Yana : 


"Di sinilah "tempat rahsia" kami dapatkan stok-stok ikan pekasam. Fresh terus dari Pekan Rabu, Alor Setar akan dipos ke hadapan pintu rumah anda.



Kepinginan nak makan ikan pekasam? Tak payah pergi jauh-jauh ke Alor Setar semata-mata nak dapatkan ikan pekasam, jom-jom order saja daripada kami secara online :-)"





Akhir Kata dari saya untuk Puan Yana dan Encik Khairul:

"Tahniah dan syabas atas usaha anda dalam memperkenalkan IKAN PEKASAM ke mata orang lain dengan cara inovasi tersendiri iaitu dengan "sistem online" , Semoga perniagaan anda terus maju dan maju, Orang Kedah memang Hebat"









KLik gambar untuk Order! Ikan Pekasam Ori dari Kedah





1 comment:

Umm Maryam said...

Jazaka'Allahu khair. Cik share your blog di FB . Banyak manfaat