Punca provokasi sebenarnya sebab mereka kena serang
dengan teargas. Marah. Nak cakap LRT kena tutup? Takde kaitan. Untuk rekod, LRT
jalan bandaran tidak ditutup, cuma masjid jamek dan plaza rakyat jek. Aku kan
dari LRT semenjak2 dari tadi.. dok pusing2 kat situ last2 tetap sangkut kat
MASJID JAMEK. Hanya masjid jamek jek dari kedua2 arah, sri petaling dan ampang
serta plaza rakyat dia shutdown tadi.
Kalau dorang cakap LRT tue kena tutup ia mungkin
selepas insiden provokasi. Sebelum provokasi lrt tue bebas digunakan sebenarnya.
Yang aku tahu kat situ ada monorel. Yang tue aku dengar citer ditutup. Fakta
atau tidak aku taktau. Aku cuma dengar citer.
Sekarang mari kita lihat video kat bawah neh oke ;
Sekarang mari kita lihat video kat bawah neh oke ;
Ini part 1. Yang neh pun dah cukup sebenarnya untuk
explain apa yang berlaku. Harus diingat, aku tak kenal langsung sapa uncle india
tue dan uncle india tue pula hanya mengomel2 sendiri bukan pergi kecoh2kan kat
orang kereta polis kena baling batu. Bila aku dah dengar aku cakap apa2 yang
patut then aku pergi ke lokasi kejadian yang mana dah clear masa tue [polis dah
took over].
Lihat jek gambar kat bawah neh dulu ;
- Ada kon
- Ada batu
- Lampu kereta pecah
- Kereta kemek
- Kaki sempat tendang kereta.. maksudnya kelajuan
kereta neh dah berkurang atas sesuatu sebab.
- Cermin kereta pecah. Baling botol air boleh pecahkan
cermin ka? Kalau tengah memandu ko baling batu cermin pecah kena muka ko macam
mana ko nak memandu dengan betul?
Lihat gambar kat bawah neh pula ;
Individu neh secara tidak sengaja di langgar oleh
polis. Tapi apa info yang sampai kat telinga aku? Polis bawa kereta laju2 sampai
langgar seorang budak remaja sehingga maut.
Ini bukan darah azri tapi darah indidivu yang dilanggar
tue. Tolong betulkan fakta anda.
Ini cameraman. Dia sedang keluar dari kereta. Kenapa?
Sebab dia nak tolong polis yang berada dalam kereta tue.
Anak panah merah ialah pembelasah. Anak panah hijau
orang yang sedang cuba menolong. Last2 dia surrender sebab dengan dia2 sekali
kena tibai. Azri juga membalas balik
asakan. Itu normal sebab refleksi nak melindungi diri. Dia juga nak jaga filem
dia. Dan dengan gambar neh mohon amek tindakan ke atas pencetus provokasi.
Penting untuk menjaga kredibliti bersih.
Lihat gambar kat atas neh. Nampak apa yang aku nampak?
Kepala pemandu dah ke atas stereng. Napa? Yang korang g belasah kereta dia sapa
suruh? Sapa suruh lompat atas kereta dia? Sapa suruh bertindak kasar? Sapa suruh
jadi samseng, kurang ajar dan biadap?
Anak panah merah = pembelasah kereta polis. Anak panah
merah [arh aku dah malas nak tukar kaler dia kepada lain] = azri, individu yang
dibelasah. Dia mai dari arah bertentangan. Dia mai nak tolong. Sebab apa? Aku
rasa dia neh kot antara cameraman yang dilantik oleh polis. Dia kena rakam semua
perkara2 yang berlaku. Last2 kena tibai dengan orang. Adoi.
Dan diharapkan dengan gambar neh penganjur bersih boleh
membersihkan nama baik bersih dengan menyerahkan mereka kepada pihak polis
kerana bertindak liar ketika berhimpun.
Anak panah hijau = penghenti provokasi.
Anak panah hijau = penghalang / pelindung. Anak panah
merah = pembelasah. Kenapa dia belasah azri? Dia tak perasan kot azri mai dari
arah bertentangan. Lepas belasah azri dia letak kon dalam kereta then dia lari.
Kon tue tak kena polis yang berada dalam kereta tue dan aku tatau apa motif dia
enh.
Sekali lagi perhatikan aksi membelasah dia kat bawah
neh ;
Ada pendemo bersih yang balon si azri neh gak. Jangan2
dorang neh salah sangka ingat dia polis yang melanggar pendemo bersih. Dah
korang baling2 batu, lepas tue nak salahkan orang terlanggar plak apa ke
hel?
Individu yang baling kon tue = individu yang sama
terbalikkan kereta = lepas tue rasa bangga sebab dapat terbalikkan kereta. Pada
awalnya pendemo bersih ingatkan ada orang bawah kereta tapi takde.. tapi lepas
tue oke lah dorang cuma rakam tapi apahal ada 3 orang individu tersebut bersorak
termasuk yang pakai baju oren tue hah?
Dorang2 neh tak pakai baju bersih dan buat provoke sana
sini. Individu yang baling kon tue juga baling pada pendemo bersih oke. Lihat
video selangortv kat sini sendiri. Jadi diharap penganjur bersih boleh bersikap
adil dalam isu neh. Siasat siapa mereka dan kenapa mereka berbuat
demikian.
Anak panah merah = yang cuba melindungi polis. Yang
belasah2 tadi tue dah lari kemana? Anak panah hijau menunjukkan pistol polis
yang terdedah.. ermm.. memang kalau nak rembat semudah ABC jek.
Kesimpulannya kat sini ialah ;
1. Aku tak kenal siapa yang buat provokasi, kalau
korang kata mereka pelakon, penyamar, sb atau apa maka biarkan sahaja bersih
serahkan mereka kepada polis untuk dinilai. Kita boleh trace mereka semula
berdasarkan video2 yang wujud. Bukan kah kita dah ada teknologi perincian gambar
? Mari kita kaji kebenaran neh bersama2.
2. Kebanyakkan yang provoke tak pakai pun baju bersih.
Ini analisis aku. Mungkin dorang neh ikut ikutan. Maksudnya dia tengok tiba2 ada
crowd bersih jadi dia pun sibuk2 ikut. Pada asalnya dia bukan nak join bersih.
Mungkin dia berjalan2 kat kl.
Oleh kerana dia tatau bahawa kita dilarang berbuat
provokasi maka dia pun berbuat sesuka ahti dia. Namun yang lebih menyedihkan
ialah kenapa yang menghalang tersangatlah kurang berbanding dari yang menyorak?
Kalau aku ada disitu sah2 aku sound then rakam, tangkap gambar dorang jelas2 dan
paparkan di blog aku inilah pencetus provokasi. Aku tak kesah der. Kalau ko
provoke ko tetaplah provoke. Ko jangan bagi alasan haktui kat aku
oke.
Apatah lagi dah dipesan bahawa sesiapa yang
memprovokasi akan dianggap sb dan kita sewajarnya menghentikan mereka.. tetapi
kenapa crowd sogo tak alert pasal neh? Disebabkan anda terlalu lemah menghalang
mereka, maka seluruh bersih 3 menjadi mangsa kini. Aku, ko dan kita seme tak
pasal2. Kalau pun sungguh dia sb, so what? HALANG lah.. HALANG..takan seratus
dua ratus orang kat situ pun SB gak kot?
3. Mana unit amal? Unit amal tiada. Itu lah punca
masalah neh menjadi besar. Hadirin terlalu ramai. Unit amal tersangatnya kurang.
Unit amal terlatih dalam menanggani sebarang bentuk provokasi. Bukan salahkan
unit amal ye. Cuma menegaskan betapa pentingnya unit amal dalam kes seperti neh.
Apabila hadirin berpecah selepas diserang teargas, peluang untuk mereka
bertindak agresif memang terbuka.
Ia perkara normal sebenarnya. Selalu sangat dah
bersabar akhirnya dapat peluang untuk belasah polis, memang lah amek cukup2.
Tapi sayang, tindakan neh tersangatlah salah. Sudah sewajibnya bersih menghantar
individu2 yang terlibat dalam provokasi neh kepada mereka2 yang berkuasa.
Walaupun mungkin ada yang secara tidak sengaja terpengaruh untuk melakukan
provokasi ia tetaplah salah.
Aku sangat percaya memang wujud sb di mana2 tetapi
kan.. aku lebih2 lagi percaya ia bukan masalah SB, ia adalah bagaimana cara kita
mengawal situasi. Kalau letak 10 SB dihadapan kita sekalipun, kalau kita pandai
kawal keadaan kita tetaplah pandai kawal keadaan, kalau kita tak pandai kawal
keadaan, takde SB sekalipun kita tetap boleh terbabas.
Renungkan.
Updated ;
Bukti yang lebih jelas bahawa azri datang dari arah bertentangan. Dia bukan pemandu kereta tersebut. Aku cadangkan jadi orang belajar cari fakta sebelum tuduh melulu. tenkiu.
Updated ;
Bukti yang lebih jelas bahawa azri datang dari arah bertentangan. Dia bukan pemandu kereta tersebut. Aku cadangkan jadi orang belajar cari fakta sebelum tuduh melulu. tenkiu.
Updated ;
29 / 4
Azri melalui utusan MENGAKUI bahawa dia bukan nak SELAMATKAN POLIS sebaliknya nak tangkap gambar kejadian. Macam aku ada tulis kat atas neh, aku suspect dia petugas media bagi pihak polis so memang tanggungjawab dia sepenuhnya untuk merakam apa seme.
29 / 4
Azri melalui utusan MENGAKUI bahawa dia bukan nak SELAMATKAN POLIS sebaliknya nak tangkap gambar kejadian. Macam aku ada tulis kat atas neh, aku suspect dia petugas media bagi pihak polis so memang tanggungjawab dia sepenuhnya untuk merakam apa seme.
Ameno : Sila dakwa 7 individu di atas neh ye.
tq
maibuatramai.blogspot reply :
jadi yang salah tu tetap salah, jangan jadi saksi palsu, teruk di akhirat kelak
1 comment:
tunggu la muka2 dlm gambar tu,,, dok dalam
Post a Comment